Skip to main content

Ramai yang memilih memakai pakaian tradisional seperti baju kurung moden untuk menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

 

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba, pasti sudah ramai yang tak sabar-sabar hendak menggayakan baju raya. Apa pula fesyen raya anda untuk tahun ini? Tahun berganti tahun, fesyen baju raya mengalami perubahan, seperti contoh baju kurung moden dan beberapa stail baru.

Baju kurung bukan sahaja sesuai digayakan ketika perayaan, malah ramai memilih untuk memakainya ketika menghadiri majlis keraian bahkan sebagai gaya harian ke pejabat.

Secara tidak langsung, pemakaian baju kurung moden akan menyerlahkan sisi lembut dan ayu si pemakai, malah kelihatan lebih sopan.

Adakah anda tahu sejarah tentang baju kurung? Di bawah kami kongsikan lima fakta menarik mengenai baju tradisional yang digemari ramai ini.

 

1. Cetusan idea Sultan Melaka

 

baju kurung

 

Baju kurung mula diperkenalkan oleh Sultan Melaka yang bernama Sultan Muhammad Syah yang menguatkuasakan pemakaiannya di kalangan rakyat pada tahun 1424 hingga 1444.

Pada ketika itu, baju lelaki juga turut dipanggil sebagai baju kurung. Kedua-dua rekaan awal baju ini bagi lelaki dan perempuan agak singkat dan sendat. Lengan baju hanya tiga suku dan seluar pada paras betis.

Selepas Sultan Muhammad Syah mangkat, rekaan baju kurung diubah oleh seorang pembesar yang bernama Tun Hassan. Beliau memperkenalkan rekaan yang memanjang dan membesarkan pesak. Rekaan itu kekal sehingga ke hari ini.

 

2. Rekaan moden oleh Sultan Abu Bakar

 

baju kurung

 

Oleh kerana mahu melihat rakyat Johor berpakaian kemas dan sopan, Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Abu Bakar melakukan beberapa penambaikan terhadap fesyen baju kurung.

Stail baju Melayu teluk belanga dengan jahitan sulaman kemas di kolar bulat beserta satu kancing merupakan idea Baginda pada tahun 1866. Stail ini sering dikaitkan dengan ciri khas baju Melayu Johor.

Sultan Ibrahim ibn Sultan Abu Bakar pula memperkenalkan baju Melayu cekak musang dengan potongan kolar leher yang menegak beserta lima butir kancing.

Baju Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki kini menggantikan istilah baju kurung yang digunakan sejak zaman dahulu.

 

3. Baju Melayu jadi simbolik agama Islam

Baju Melayu cekak musang dengan lima butir kancing digambarkan dengan keharmonian rumah tangga.

Dua butir paling atas menggambarkan kedudukan ibu bapa. Tiga lagi di bawah adalah anak-anak.

Namun sejarahwan, Azah Aziz menyanggah pandangan berkenaan dengan mengatakan lima butir kancing itu. Menurut beliau, ia melambangkan Rukun Islam yang menjadi pegangan orang Islam.

Manakala enam pesak di kiri dan kanan baju melambangkan Rukun Iman. Tiga poket di baju pula menunjukkan tiga tuntutan dalam agama iaitu Islam, Ihsan dan Iman.

 

4. Gaya sampin bawa maksud berbeza

 

baju kurung

 

Tidak lengkap gaya seseorang lelaki yang memakai baju Melayu tanpa sampin. Pemakaian labuh sampin juga membawa maksud yang berbeza.

Pemakaian sampin di atas lutut dikatakan seorang lelaki itu masih bujang, manakala jika dipakai di bawah lutut tandanya seseorang itu sudah berkahwin.

 

5. Kepelbagaian fesyen baju kurung

 

baju kurung

 

Rekaan baju kurung kini menjadi simbol bagi sesuatu negeri.

Misalnya baju kurung Kedah dengan rekaan baju pendek dan singkat. Baju kurung Pahang dengan pesak kembang dan berkolar tinggi.

Baju kebaya pula berasal dari China. Ia dibawa oleh imigran yang berhijrah ke Tanah Melayu.

Rekaan baju kebaya juga disesuaikan dengan masyarakat tempatan seperti baju belah kebaya panjang dan kebaya Kota Bahru.

Kini, pelbagai fesyen baru muncul di pasaran seperti baju kurung moden. Walaubagaimanapun, baju kurung masih menjadi pilihan utama wanita di Malaysia.

Ia dipakai untuk digayakan di dalam apa jua majlis.

Pemakaian baju kurung secara tidak langsung melambangkan identiti bangsa dan negara kita. Ia masih relevan dengan perkembangan semasa.

Sebab itulah, pengeluar baju Melayu ternama memperkenalkan pelbagai rekaan pakaian Melayu tradisional wanita seperti koleksi baju kurung moden Orked.

Diasaskan oleh Allahyarham Haji Omar bin Ali pada tahun 1935, Omar Ali membuka kedai pertama di Wisma Yakin Kuala Lumpur.

Kini, Omar Ali telah membuka butik di beberapa tempat seperti di Putrajaya, Shah Alam, Gombak dan beberapa tempat di Lembah Klang. 

 

baju kurung baju kurung

 

Baju Kurung Orked menggunakan material brocade dengan permukaan kain yang licin dan lembut di bahagian dalam.

Ia  menjanjikan keselesaan kepada si pemakai sepanjang hari.

Ada tujuh pilihan warna yang klasik dan ekslusif, koleksi baju kurung moden Orked ini hadir dengan potongan Princess.

 

Dapatkan koleksi baju kurung anda hari ini.