Skip to main content

Panduan ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang baju Melayu online.

Sekiranya anda sedang mencari baju Melayu online yang terkini, inilah tempatnya.Teruskan membaca. 

Kenapa Perlu Pakai Baju Melayu?

 Ia adalah pakaian yang menjadi pilihan setiap orang Melayu sejak dahulu lagi. Pergilah ke mana-mana sahaja; majlis ilmu masjid, Hari Raya dan kenduri kendara.Baju Melayu lelaki pasti menjadi pilihan.Ia terdiri daripada dua jenis iaitu Teluk Belanga dan Cekak Musang. Cekak Musang amat popular di kalangan lelaki Melayu kerana bersifat kemas dan dihias indah dengan butang baju Melayu.Baju Melayu Teluk Belanga pula kelihatan santai, amat sesuai untuk kanak-kanak yang baru berjinak-jinak dengan pemakaian Baju Melayu. Bagi pengeluar Baju Melayu terkenal Omar Ali, mereka mengeluarkan tiga jenis Baju Melayu tradisional yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Mereka menamakan baju Melayu berdasarkan pendekar-pendekar Melayu terbilang iaitu Tuah, Jebat dan Lekiu dan Lekir (tempahan khas). 

Baju Melayu Tuah

baju melayu omar ali apple green Ia menggunakan material kain jenis Satin Amuzen. Pasti menarik perhatian golongan lelaki yang mahukan baju mereka tampak beralun. Kain yang kelihatan bersinar menyerlahkan seri pemakainya.Baju Melayu lelaki ini memberikan keselesaan maksima kepada si pemakai dengan warna-warna yang lembut.

Baju Melayu Jebat

baju melayu jebat omar ali baby blue Baju Melayu Jebat pula menggunakan material kain jenis Royale Cotton. Seperti kebanyakkan baju Melayu di pasaran, kain jenis cotton adalah yang paling dicari-cari oleh pembeli. Keistimewaan Royale Cotton ini ialah ia tidak mudah kusut dan nampak kemas walaupun dipakai seharian. Baju Melayu Jebat juga memberikan aliran udara yang sejuk kepada si pemakainya.

Baju Melayu Lekiu

baju melayu lelaki teluk belanga beige green Satu-satunya koleksi Baju Melayu Teluk Belanga adalah Baju Melayu Lekiu. Sesuai dengan namanya yang indah, Baju Melayu ini juga dihasilkan dengan material kain jenis Royale Cotton. Baju Melayu Teluk Belanga menjadi pilihan kerana reka bentuknya yang santai dan tidak menutup bahagian leher. 

Baju Melayu Lekir (Tempahan Khas)

 Bagi anda yang mahukan tempahan khas untuk baju Melayu anda, anda boleh memilih Baju Melayu Lekir.Terdapat 9 warna menarik yang anda boleh dipilih. Baju Melayu lelaki ini menggunakan material Toyobo Cotton yang ditempah khas dari Jepun. Jadi anda akan sangat selesa memakainya serta sangat lembut dipakai semasa Hari Raya.Anda boleh menempah secara online dan pilih 3 potongan baju samada relax fit, slim fit atau tradisional (berpesak).Selain itu, terdapat 3 pilihan kolar baju yang anda boleh pilih:
  • teluk belanga (Johor)
  • cekak musang (butang 5) atau
  • kolar tunku (butang 3)
 

Fesyen Baju Melayu Terkini daripada Omar Ali

 Baju Melayu masih mengekalkan corak dan reka bentuk yang asli.Ini kerana ianya bersifat pusaka melayu yang perlu kita kekalkan sebagai warisan. Pengeluar Baju Melayu terkenal Omar Ali telah membuktikan baju Melayu masih relevan dengan zaman sekarang.Ia adalah satu usaha mereka mengekalkan tradisi pemakaian baju Melayu.Golongan muda masih boleh membeli baju Melayu online untuk kesenangan pembelian.Selain dipakai semasa menyambut hari raya, Baju Melayu keluaran Omar Ali juga sesuai dipakai untuk pasangan raja sehari. Jahitan yang teliti serta menampakkan kemewahan baju melayu ini di majlis melafaz akad. Omar Ali adalah pilihan terbaik untuk Baju Melayu dengan sentuhan tradisional yang sesuai untuk masyarakat hari ini.Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang baju Melayu Omar Ali, layari laman web utama sekarang.