Skip to main content

Menjelangnya musim perayaan, upacara keagamaan atau kenduri-kendara para lelaki pasti sibuk berdandan dengan baju Melayu yang lengkap dengan sampin. Orang kata, barulah smart bergaya!

Kini rekaan baju Melayu mula menampak inovasi dan mahu mengikut arus permodenan fesyen. Apa yang menjadi masalah apabila sentimen asli pada setiap helaian baju hilang dan ditambah dengan bermacam jenis cepisan yang tidak perlu. 

Kepada anda yang masih tidak tahu tentang maksud tersendiri disebalik baju Melayu, mari Wanista kepilkan sedikit tentang info baju Melayu dan sampin yang cik abang anda pakai.

Baju Melayu dikatakan mula direka pada 700 tahun lalu ketika zaman kesultanan Melayu Melaka dibawah pemerintahan Sultan Muhammad Shah. Baginda sangat menitikberatkan falsafah dalam setiap perkara termasuklah aturan berpakaian.

Sultan Muhammad Shah mahu sebuah pakaian khas untuk golongan diraja dan pembesar-pembesar supaya ia menjadi satu pakaian istimewa ketika menghadap sultan dan permaisuri. 

#1 Butang lima baju Melayu

Bukan sengaja mereka ada lima butang pada baju Melayu tapi ialah adalah relik kepada lima Rukun Islam. Jika pada baju Melayu Teluk Belanga pula yang mempunyai satu butang bermaksud tauhid iaitu percaya hanya pada satu tuhan. 

#2 Tiga poket

Tiga poket iaitu pada bahagian kiri dada, dan dua bawah baju mewakili Islam, Iman dan Ihsan bermaksud kesempurnaan.

Memang tidak akan lengkap si pemakai baju tanpa sampin. Iaitu kain samada kain pelikat atau kain songket yang dililit kemas pada bahagian pinggang. 

Sampin yang dipakai pada bawah lutut bermaksud sudah berkahwin, manakala pada atas lutut pula untuk jejaka bujang. 

Sebab itulah tak boleh suka hati nak reka Baju Melayu! Nanti boleh hilang simbolik adat dan budaya kita.

Sumber : Ahmad Nordin Abu Bakar