Skip to main content

Sudah hafal doa buka puasa?

Nampaknya bulan Ramadhan makin menghampiri dan sebagai umat Islam yang sihat dan berkemampuan, wajiblah kita menunaikan rukun Islam ketiga ini.

Berpuasa mengajar umat Islam untuk menahan lapar dan dahaga, menahan diri dari perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan menginsafi mereka yang kurang bernasib baik.

Selepas sebulan berpuasa, pastinya ramai yang tidak sabar untuk meraikan hari raya Aidilfitri dengan shopping baju Raya.

Apa-apa pun, jom kita belajar, hafal dan fahami doa buka puasa yang boleh diamalkan nanti.

Maklumlah, dalam setahun hanya sebulan sahaja kita berpuasa. Mungkin ada yang ingat-ingat lupa.

Puasa bermaksud menahan anggota badan dari melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari yang disertai dengan niat.

Kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan adalah berdasarkan kepada dalil seperti di bawah:

AL-Quran: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa

Surah al-Baqarah ayat 183

Hadis: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, Mendirikan Sembahyang, Membayar Zakat, Puasa Pada Bulan Ramadhan dan Menunaikan Haji

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Lafaz Niat Puasa

Image result for iftar and mosque

Ada yang masih keliru dengan cara berniat puasa Ramadhan. Niat berpuasa tidak diwajibkan dalam Bahasa Arab, malah cukuplah dengan dibaca dalam Bahasa Melayu atau apa sahaja Bahasa yang difahami.

Adalah lebih baik jika ia diamalkan dalam Bahasa Arab sebagai rasa cinta kita kepada Bahasa Al-Quran dan Bahasa Nabi Muhammad SAW.

Untuk membaca niat, adalah digalakkan untuk umat Islam berniat untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan.

Ini supaya dapat mengelakkan dari terlupa sekaligus menyebabkan puasa seseorang itu tidak sah.

Tetapi, jika puasa kita terputus oleh kerana sakit, wanita didatangi haid atau masalah lain, maka niat sebulan itu tidak lagi memadai.

Ia perlu diperbaharui dengan niat berpuasa bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki.

Doa Buka Puasa Secara Bersendirian

Image result for muslim break fast iftar

Untuk memudahkan anda, kami kongsikan doa buka puasa beserta ejaan rumi bagi membantu mereka yang sukar membaca jawi.

“Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’aala Rizqika Afthortu Birokmatika Yaa Arhamar Roohimin”

Maksud: Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Doa Buka Puasa Beramai-ramai

Image result for iftar and mosque

Berbanding minggu pertama puasa, ramai di kalangan umat Islam akan meluangkan masa berbuka sama ada bersama keluarga dan rakan-rakan apabila masuknya minggu kedua Ramadhan.

Begitu juga dalam menghadiri jemputan berbuka puasa sama ada di restoran dan majlis berbuka puasa.

Perlu ingat ya, ada sedikit perbezaan dalam doa buka puasa apabila lebih dari seorang, iaitu perkataan ‘tu’ diubah kepada ‘na’ yang membawa maksud ‘aku’ kepada ‘kami’.

“Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’aala Rozqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimin’.

Maksud: Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Fadhilat Berdoa Sebelum Berbuka Puasa

Image result for muslim dua

Menjelang waktu berbuka puasa, pasti ramai yang sibuk menghidang makanan atau meluangkan masa bersama telefon sehingga terlupa akan fadhilat berdoa.

Bukan sahaja waktu berbuka, berdoa ketika sahur juga mempunyai fadhilatnya yang tersendiri dan tidak akan ditolak oleh Allah SWT.

Apa kata peruntukkan masa selama tiga hingga lima minit untuk berdoa kepada Allah SWT dan mohonlah segala hajat dan hasrat yang anda ingini.

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah).

Di antara kebaikan berdoa ketika berbuka puasa:

  1. Menambahkan keimanan kepada Allah Taala
  2. Mendapat rahmat Allah SWT.
  3. Dijauhkan daripada azab kubur.
  4. Lapang dada.
  5. Diampunkan dosa.
  6. Memohon agar taubat diterima.
  7. Dilapangkan kubur.
  8. Dijauhi neraka.
  9. Didekatkan dengan syurga.
  10. Dimudahkan hisab.
  11. Menerima kitab di tangan kanan.
  12. Selamat meniti Sirat.
  13. Bertemu Allah.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Maka gunakanlah sepenuhnya bulan ini untuk sentiasa berbuat amal ibadat, kebaikan dan sedekah.

P.S Sebagai persediaan menyambut Hari Raya nanti, anda boleh beli baju Melayu secara online. Dapatkan samping PERCUMA dengan setiap pembelian Baju Melayu Omar Ali.