Skip to main content

Pemilihan pakaian yang sesuai ketika mengerjakan ibadah umrah atau haji penting supaya dapat memberi keselesaan, memudahkan pergerakan dan menjadikan ibadah itu kusyuk.

Selain persediaan ibadah, bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci, pasti risau mengenai pemilihan baju umrah sepanjang di sana.

Artikel ini berkongsi panduan berkenaan baju umrah wanita. Semoga membantu!

Meskipun rukun umrah tidaklah seberat rukun haji, namun ibadah ini juga memerlukan setiap individu melakukan ihram, tawaf, sa’i dan tahallul.

Malah anda juga perlu bergerak ke suatu tempat ke suatu tempat, lebih-lebih lagi apabila menziarahi ke kawasan berbukit seperti Bukit Uhud dan Jabal Rahmah.

Untuk ke kawasan berkenaan, adalah lebih praktikal untuk anda memakai baju umrah wanita seperti jubah seluar.

wanita bersolat di masjdil haram

Begitu juga apabila pergi bersolat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, anda digalakkan memakai baju yang tidak terlalu nipis kerana keadaannya di dalam sejuk.

Jemaah umrah wanita juga disaran memakai baju umrah yang mesra solat supaya senang mengambil wuduk dan mudah menunaikan solat.

Koleksi Baju Umrah Wanita Omar Ali

Ada pelbagai jenis baju umrah wanita dijual di pasaraya, namun adakalanya tidak mempunyai ciri-ciri penting untuk keselesaan jemaah.

1. Jubah

Ini antara pakaian asas yang sering dibawa jemaah apabila ke Tanah Suci.

Ia sering dipakai apabila ke Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Paling penting, jubah yang dibawa tidak terlalu nipis atau tebal, tidak ketat atau mengikut bentuk tubuh, tidak meleret dan selesa untuk dipakai.

Bacaan Lebih Lanjut: 7 Tips Memilih Pakaian Umrah Wanita

Jika diperhatikan, warna-warna yang sering dipilih jemaah wanita adalah warna putih dan gelap seperti hitam.

Omar Ali menawarkan koleksi Aisya untuk anda yang sedang mencari baju umrah wanita.

Diperbuat daripada material lycra, kesemua koleksi baju umrah wanita Omar Ali hadir dengan poket kecil untuk menyimpan barangan peribadi seperti dompet dan telefon bimbit, malah zip di tengah baju yang mesra breastfeeding.

Untuk memelihara aurat jemaah wanita, baju umrah ini juga didatangkan dengan rekaan cuffed di bahagian tangan.

Aisya hadir dengan hiasan lace di bahagian bawah baju dengan tiga warna pilihan, iaitu hitam, cokelat gelap dan putih.

Untuk anda yang mahu potongan ringkas, koleksi Asiah amat sesuai untuk anda. Ia tampil dengan tiga warna iaitu hitam, biru gelap dan hazelnut.

Baju umrah wanita dari koleksi Zulaikha pula mempunyai warna-warna hitam, putih dan hazelnut dengan rekaan kembang di bahagian bawah.

Harga semua koleksi ini adalah RM189.

2. Jubah Seluar

Baju umrah wanita daripada koleksi Fatima ini sesuai untuk menziarahi dan melawat beberapa kawasan tumpuan di Tanah Suci.

Ia tidak membataskan pergerakan malah amat praktikal.

Anda boleh memilih baju umrah wanita ini sama ada warna cream, biru gelap, cokelat gelap, kelabu gelap, off white dan pure white.

Manakala koleksi Katija dengan warna hitam, hazelnut dan putih didatangkan dengan rekaan kembang di bahagian bawah baju.

Anda boleh membeli dengan harga RM189.

3. Telekung

Pemakaian telekung pasti menjadi keutamaan sepanjang mengerjakan ibadah di Tanah Suci.

Dengan harga RM229 sepasang, anda boleh memilih warna hitam atau putih.

Untuk memperolehi baju umrah wanita dari Omar Ali, anda boleh melakukan pesanan di sini, atau kunjungi cawangan Omar Ali yang berdekatan.

Pastikan anda memiliki barangan keperluan baju umrah wanita daripada Omar Ali.

Omar Ali, sebuah jenama terkenal wujud sejak tahun 1935, dikenali sebagai jurujahit pakaian tradisional Melayu yang berkualiti tinggi, jahitan yang kemas dengan harga yang berpatutan.