Skip to main content

Sedang mencari baju kurung kanak-kanak tetapi belum jumpa yang berkenan di hati?

Ibu-ibu mesti pening dimana nak shopping baju kurung kanak kanak yang cantik dan berkualiti. Maklumlah, banyak sangat pilihan yang ada di luar sana.

Omar Ali ada koleksi baju kurung untuk kanak-kanak. Jom kita ikuti baju kurung yang sedang trend untuk tahun 2020.

Pemakaian di kalangan baju kurung di kalangan kanak-kanak perlu dipupuk supaya mereka kenal dengan sebahagian identiti kaum Melayu.

Jika wanita dewasa memakai baju kurung sama ada ke pejabat atau majlis-majlis rasmi, kanak-kanak juga boleh memakai baju tradisional ini untuk majlis sambutan di sekolah atau keraian keluarga.

Kita biasa melihat ramai keluarga mengenakan pakaian dengan warna sedondon ketika hari raya. 

Tetapi, perlu tahu bahawa memakai baju kurung tidak semestinya pada hari raya sahaja.

Namun memilih baju kurung budak perlu melihat kepada beberapa aspek, terutama material yang digunakan supaya mereka sentiasa berasa selesa.

Fesyen sesuatu baju juga perlu tidak nampak keterlaluan untuk dipakai oleh kanak-kanak.

Hari ini terdapat banyak pilihan baju kurung kanak-kanak yang dijual di butik, pasaraya atau secara online.

Ada yang menggunakan influencer di kalangan umur kanak-kanak ini.

Malah ada juga menggunakan influencer di kalangan selebriti yang mempunyai anak kecil.

Boleh rambang mata ibu bapa nak memilih pakaian dengan pelbagai rekaan, corak dan fesyen.

Koleksi baju kurung budak dari Omar Ali pastinya memenuhi citarasa ibu bapa yang mahu penampilan si anak menarik dan bergaya.

Untuk tampil dengan gaya tradisional dan klasik dengan motif sulaman, anda boleh mendapatkan koleksi Baju Kurung Riau Mawar.

Menggunakan material Royale Cotton yang menjanjikan keselesaan buat si pemakai, koleksi baju kurung Riau ini hadir dengan 10 warna pilihan yang menarik.

Anda boleh memilih warna Baby Blue, Biege Green, Blush Pink, Champagne, Cloud Grey, Crimson Red, Denim Blue, Dusty Rose, Lilac Purple, Magenta Purple, Off White, Thai Teal dan Vintage Blue.

Koleksi Baju Kurung Riau Mawar berharga di antara RM76.30 hingga RM160.30.

Sekiranya anda mencari rekaan yang mempunyai sentuhan moden, anda boleh mendapatkan Koleksi Baby Doll Kids.

Baju ini hadir dengan potongan peplum sekaligus akan menyerlahkan lagi gaya genit untuk anak anda.

Untuk koleksi ini ia berharga RM87.50 hingga RM157.50.

Selain koleksi baju kurung, ibu bapa juga boleh mendapatkan baju kanak-kanak yang lain dengan fesyen jubah yang diberi nama Jubah Kebaya Melati Kids dan koleksi baju kebaya Kota Bahru Kids.

Omar Ali bukan sahaja menawarkan koleksi baju untuk kanak-kanak perempuan, koleksi baju Melayu kanak-kanak lelaki juga turut ada di sini.

Kenalkah Anda Dengan Jenama Omar Ali?

Ia diasaskan oleh Allahyarham Haji Omar bin Ali sejak tahun 1935 dengan membuka butik pertamanya di Wisma Yakin.

Jenama ini sememangnya dikenali sebagai jurujahit pakaian tradisional Melayu yang berkualiti tinggi.

Hasilnya boleh dilihat menerusi jahitan yang kemas dengan harga yang berpatutan.

Untuk mendapatkan koleksi baju dewasa dan kanak-kanak, anda boleh membuat pembelian secara online atau kunjungi cawangan-cawangan butik mereka.