Tak dapat dinafikan, baju kurung merupakan pakaian wajib bagi wanita.Hal ini kerana ia adalah pakaian rasmi di Malaysia dan telah menjadi baju lambang kebangsaan orang Melayu. Namun tahukah anda maksud baju kurung itu sendiri?Menurut sejarah, ia diberikan nama sempena maksudnya baju untuk menutup atau mengurung tubuh badan. Saiznya panjang dan longgar. Ia mula popular pada zaman pemerintahan Sultan Johor, Sultan Abu Bakar pada penghujung kurun ke-19.Salasilah baju kurung wanita sungguh unik dan ia dikatakan berkait rapat dengan pakaian orang luar.Ia dipakai orang Mesir pada masa dahulu iaitu ‘djallabiyah’ yang bererti sehelai pakaian longgar. Baju yang dipakai oleh kaum wanita ini mampu membuatkan si pemakainya menjadi ayu dan sopan.Sebenarnya, baju tradisi wanita ini mempunyai banyak jenis dan pilihan. Ia menjadi semakin menarik mengikut peredaran zaman moden kerana terdapat pelbagai pilihan dengan corak dan rekaan yang menarik.Terdapat 7 jenis yang semestinya mampu menarik minat kaum wanita untuk tahun 2019 ini:
Baju Kurung Melor
Baju ini selalunya dipakai pada hari raya pertama sesuai dengan adat kemelayuan. Ia adalah dari jenis kurung kurung Pahang dan diperbuat daripada hasil tenunan asli.
Baju Orked
Baju ini menyenangkan pergerakan serta selesa dipakai. Khusus buat peminat baju kurung moden yang mahu bergerak aktif semasa memasak rendang di dapur, ia adalah pilihan yang bijak. Kainnya diperbuat daripada kain jenis brokat yang membuatkan anda selesa memakai sepanjang hari.
Baju Riau Mawar
Diperbuat daripada royale cotton. Ia mempunyai banyak pilihan warna lembut yang menarik hati seperti champagne, baby blue and biege green. Baju ini diilhamkan dengan rekaan fesyen baju Riau yang mempunyai pesak di belakang.
Kebaya Kota Bharu
Tahukah anda kebaya juga adalah salah satu jenis baju kurung yang telah dimodenkan. Kebaya Kota Bharu ini diperbuat daripada kain batik tenunan asli. Wanita bersaiz badan kecil molek tak perlu risau lagi nak pilih baju apa untuk Hari Raya nanti.
Jubah Kemboja
Jubah wanita ini sesuai dengan kain yang longgar dan kelihatan manis dipakai.Ia masih dianggap baju kurung namun kainnya tidak berasingan dengan baju. Terdapat 7 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.
Terdapat 3 pilihan warna khas iaitu lemonade pink, daisy white and khaki brown bagi jubah ini. Bagi penggemar abaya, jubah ini semestinya mampu memikat hati anda. Mempunyai 4 saiz pilihan iaitu S, M, L and XL serta material kain juga ialah lace yang berkualiti tinggi. Anda juga boleh menjadikan baju raya 2019 ini Hari Raya sebagai pilihan OOTD anda.Mungkin ramai yang tidak tahu, pereka pakaian tradional terkenal, Omar Ali mempunyai kesemua jenis baju untuk raya 2019 seperti di atas. Apa tunggu lagi, dapat baju kurungonlinesekarang atau ikuti mereka di laman Instagram @omarali_my atau Facebook Omar Ali. Marilah sama-sama kita mengekalkan warisan baju tradisional kurung ini.
Bomstart
3 thoughts on “Demam Baju Kurung Omar Ali Belum Reda”
Assalamu’alaikum. Tuan, penulisan yang sangat baik. Mohon kebenaran untuk post link ke fb page kami. Sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan kami di sana. Terimakasih.
Pingback: Baju Kurung Moden Untuk Hari Raya Yang Bakal Tiba
Assalamu’alaikum. Tuan, penulisan yang sangat baik. Mohon kebenaran untuk post link ke fb page kami. Sekadar ingin berkongsi dengan rakan-rakan kami di sana. Terimakasih.
Pingback: Baju Kurung Pahang: Dapatkan Koleksi Terbaru 2019