Skip to main content

Dalam urusan perkahwinan, persiapan dikatakan banyak bertumpu kepada bakal pengantin perempuan dan keluarga sebelah perempuan.

Ini termasuklah barangan hantaran, catering, dewan untuk mengadakan majlis dan pelamin.

Namun persiapan untuk lelaki tidak kurang hebatnya, terutama baju nikah lelaki.

Kami akan kongsikan koleksi busana menarik untuk mereka yang bakal bergelar pengantin tidak lama lagi.

baju melayu lelaki online

Pernikahan merupakan satu proses yang akan mengubah hidup pasangan lelaki dan perempuan yang bergelar suami dan isteri.

Ianya bukan sekadar berkongsi perasaan semata-mata, sebaliknya tanggungjawab dan komitmen terhadap rumah tangga.

Ramai beranggapan untuk majlis sebegini dititik beratkan kepada bakal pengantin perempuan dan keluarganya?

Namun bagaimana pula dengan persiapan untuk bakal pengantin lelaki? Apakah ia tidak penting?

Baik lelaki atau perempuan, kedua-dua persiapan adalah sama penting memandangkan ia dianggap hari paling bahagia dalam hidup pasangan baru berkahwin.

Bakal pengantin lelaki pasti mahu tampil segak dan bergaya di pelaminan bersama pengantin perempuan.

tempah baju nikah

Soal memilih baju nikah lelaki juga perlu dilakukan sebaik-baiknya, contohnya dalam soal pemilihan material, ukuran baju, pemadanan warna dengan kulit dan kesesuaian aksesori.

Sudah pun namanya raja sehari, semestinya perhatian tetamu tertumpu pada pasangan pengantin di pelaminan.

Malah busana pengantin yang menarik juga penting kerana ia akan diabadikan dalam album perkahwinan sebagai kenangan.

Hari ini terdapat pelbagai konsep dan rekaan baju nikah dan kahwin pengantin lelaki.

Mahu konsep tradisional, moden atau barat – itu terserah kepada empunya badan. Ada juga yang menyewa, ada juga yang menempah, hal ini juga terpulang kepada kemampuan masing-masing.

Bagi bakal pengantin yang masih buntu dengan idea baju nikah lelaki, di bawah kami senaraikan tujuh (7) pilihan yang boleh dijadikan rujukan.

Idea Baju Nikah Lelaki 2019

1.Baju Melayu Songket Cekak Musang

baju melayu songket cekak musang

Ini merupakan favourite ramai pengantin lelaki ketika mengadakan majlis kerana ia tetap menyerlahkan jiwa Melayu.

Baju nikah lelaki seperti ini biasanya menggunakan kain songket.

Ia mudah dipadankan dengan baju pengantin perempuan dengan rekaan kurung, peplum dan gaun labuh yang juga menggunakan kain songket.

2.Baju Melayu Cekak Musang

Baju Melayu Cekak Musang

Rekaan baju nikah lelaki ini sering dipakai terutamanya dalam majlis akad nikah.

Dikenali dengan bahagian kolar yang tinggi dan mencekak leher, ia turut dilengkapi dengan lima kancing.

3.Baju Melayu Moden

baju melayu moden

Potongan tanpa pesak supaya tidak terlalu besar dan longgar pada si pemakai. Tukang jahit akan mengambil ukuran badan supaya ia terletak kemas.

Rekaan ini amat sesuai juga digandingkan dengan gaun moden untuk pengantin perempuan.

4.Baju Melayu Songket Blazer

baju melayu songket blazer

Ia mempunyai rekaan yang sama seperti baju melayu biasa, perbezaannya hanya ditambah dengan blazer yang turut menggunakan material yang sama.

Pengantin akan kelihatan lebih segak dan tampan, malah menyerlahkan imej bercitarasa mewah.

Jika anda mempunyai badan yang tegap dan tinggi, rekaan ini amat sesuai untuk anda.

5.Baju Kurta

Jika anda mahu tampil dengan kelainan, boleh memilih tema Bollywood dengan menggayakan baju dhoti kurta yang dipadankan dengan seluar.

Pastikan anda padankan dengan aksesori yang bersesuai, dan lebih menarik jika pengantin memakai gaun kembang.

6.Tuxedo

Sekiranya anda mahukan majlis berkonsepkan moden, rekaan tuxedo amat bersesuaian kerana membantu anda tampil elegan dan eksklusif.

Pilih material wool atau satin supaya tuxedo anda terletak elok pada badan, padankan dengan bow atau tali leher dan aksesori sampingan.

Pemakaian kasut kulit juga adalah wajib ya dengan baju seperti ini.

7.Prince Suit

Bagi anda yang mengimpikan tema fairytale, rekaan baju ini amat sesuai untuk anda kerana si pengantin akan kelihatan seperti seorang putera.

Koleksi Baju Nikah Online Omar Ali

Hari ini, mencari seorang yang boleh menjahit amat mudah. Namun, bagaimana dengan hasil tangannya? Adakah kemas dan benar-benar menepati kehendak pelanggan?

Jenama Omar Ali tak perlu diperkenalkan lagi.

Wujud pada tahun 1935, pengasasnya, Allahyarham Haji Omar bin Ali sememangnya terkenal menghasilkan baju yang berkualiti tinggi, terutama rekaan baju Melayu.

Buat anda yang sedang mencari baju nikah lelaki, dapatkan koleksi menarik ini di butik Omar Ali.

Segera buat temu janji atau terus berkunjung ke butik Omar Ali di Cawangan TTDI, Kuala Lumpur.

Selain baju nikah lelaki, Omar Ali turut mempunyai koleksi baju nikah dan sanding untuk pengantin perempuan.