Skip to main content

Baju Melayu Klasik, bukanlah sekadar helaian pakaian dan samping, tetapi setiap helai dan butiran baju melayu ada maksudnya yang tersendiri.

Kalau anda sukakan klasik, mari lihat bagaimana baju Melayu pertama dicipta.

Jom lihat huraian kami satu persatu.

Sejarah Baju Melayu

Baju Melayu merupakan satu pakaian tradisional untuk para lelaki yang dikatakan stail pakaian tersebut telah wujud sejak abad ke-15 lagi ataupun 700 tahun dahulu. 

Kesahihannya dapat dibuktikan apabila Sultan Melaka, iaitu Sultan Muhammad Syah yang memerintah ketika abad ke-15 itu mula memperkenalkan baju melayu tersebut. 

Walaubagaimanapun, pakaian yang dikenakan pada badan Sultan Melaka pada zaman itu bukanlah dipanggil Baju Melayu, tetapi dipanggil sebagai Baju Kurung. 

Pakaian Baju Kurung tersebut memang diguna pakai untuk pakaian lelaki dan perempuan.

Kelainan baju kurung pada waktu terdahulu dapat dilihat dari segi stail potongannya.

Ianya direka dengan potongan sendat dan singkat, seperti berlengan tiga suku atau tidak berlengan langsung serta direka seluar pendek hanya paras betis individu sahaja.

Tapi rekaan tersebut tidak kekal lama selepas kemangkatan Sultan Melaka kerana pembesar bernama Tun Hassan telah mengubah secara drastik atas rekaan potongan dan stail baju.

Perubahan yang dilakukan ialah pada pesak baju Melayu. Baju direka panjang sampai ke pangkal lengan manakala seluar dipanjangkan sehingga ke pangkal buku lali. 

Rekaan ini sedikit sebanyak masih kekal dan menjadi ikutan hingga ke hari ini kerana keaslian pakaian tradisional Melayu ini sejak zaman berzaman.

Melainkan jika ada tukang jahit yang ingin mengubah konsep Baju Melayu yang lebih moden dan stail pakaian mengikut citarasa mereka tersendiri.

Setelah sekian lama Baju Kurung ini menjadi pakaian golongan diraja, pakaian Baju Kurung ini telah menjadi pakaian harian ringkas sahaja bagi orang kita sekarang. 

Dengan perkembangan semasa tanah Melayu ini dari saban hari ke hari, revolusi pakaian tradisional Melayu berlaku. Nama baju kurung dengan rasminya ditukarkan ke Baju Melayu. 

Menggunakan istilah nama Baju Melayu bagi kaum Adam, dan nama Baju Kurung pula untuk pakaian kaum Hawa. Istilah ini tidak berubah, malah kekal digunakan oleh semua orang.

Baju Melayu, Baju Tradisi Melayu

Seperti kita sedia maklum, Baju Melayu merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu. Baju seperti ala kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang.

Pakaian ini biasanya dipadankan bersama kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan lebih kacak apabila bersongkok juga. 

Terdapat dua reka bentuk kolar baju Melayu, iaitu potongan berkolar Teluk Belanga dan potongan berkolar Cekak Musang.

Perbezaannya dapat dilihat dari cara jahitan pada leher baju.

Baju Melayu berkolarkan Teluk Belanga ini selalunya terkenal di kawasan selatan Malaysia. Jahitannya berbentuk sulaman di bahagian leher baju tersebut. 

Dan biasanya, kain samping akan dipakai di sebelah dalam baju.

Baju Melayu berkolarkan Cekak Musang pula lebih dikenali di kawasan tengah dan utara Malaysia. 

Potongannya lebih kepada bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Tapi, cara pemakaian samping ialah di sebelah luar baju.

Butang Pada Baju Melayu Klasik

Seperti disebut di atas, dua rekaan baju Melayu mempunyai kolar baju yang berbeza, iaitu cekak musang dan teluk belanga.

Perbezaan utama untuk kedua-dua rekaannya ialah pada butang bajunya. Baju Melayu Cekak Musang mempunyai 5 butang manakala Teluk Belanga mempunyai satu butang sahaja.

Jumlah butang baju itu sendiri membawa maksud dan falsafahnya yang tersendiri. Bagi baju berkolarkan cekak musang, 5 butang merujuk kepada 5 rukun islam. 

2 butang yang berada di atas pada kolar merujuk kepada mengucap dua kalimah syahadah dan rukun solat 5 waktu.

3 butang yang terasing sedikit pula mewakili kepada zakat, puasa di bulan ramadhan dan menunaikan ibadah haji di Mekah.

Ada juga menandakan jika hanya 3 butang bawah dipakai, ia menandakan satu pemakaian yang tidak tercapai dan membawa maksud falsafah di sebalik menegakkan rukun islam.

Bagi penggemar baju berkolarkan Teluk Belanga pula, satu butang tunggal membawa maksud Tauhid, hanya satu Tuhan Maha Esa yang layak disembah.

Walaupun setiap butang menandakan setiap makna, tapi kedua-dua jenis rekaan baju berkolar ini masih mempunyai persamaan dari segi jumlah poket baju mereka.

3 poket baju, satu poket di atas memberi makna islam dan 2 poket di bawah ialah iman dan ihsan. 

Tapi jangan terkejut dengan baju Melayu yang berbutang tujuh. Kebiasaannya baju berbutang 7 ini hanya disarungkan oleh golongan bangsawan.

Makna di sebalik 7 butang tersebut ialah 7 lapisan langit dan bumi, dan juga membawa erti 7 tingkat syurga dan neraka. 

Kewujudan rekaan 7 butang di baju ini dikatakan untuk sentiasa memperingatkan golongan bangsawan tersebut terhadap Allah, Tuhan Yang Maha Esa.

Butang baju sudah, macam mana pula dengan samping baju Melayu kita?

Pemakaian Samping Baju Melayu Klasik

Samping dikatakan sebagai pelengkap bagi pemakaian baju Melayu, jadi baju budaya ini perlulah diiringi bersama dengan pelbagai jenis samping. 

Setiap cara pemakaian samping mempunyai makna yang tersirat pada si pemakai seperti boleh menunjukkan status si pemakai tersebut.

Mengikut tradisi, samping yang dipakai sehingga ke bawah paras lutut menandakan si jejaka tersebut sudah berstatus berkahwin dan mempunyai isteri.

Manakala samping yang dipakai di atas paras lutut pula menandakan si jejaka tersebut berstatus bujang dan tidak mempunyai pasangan hidup lagi.

Masih ada juga para jejaka yang sudah bergelar suami masih memakai samping di atas paras lutut. Ini untuk menandakan bahawa dia masih memasang niat untuk menambah isteri.

Tambahan info, kaum kerabat mengikat samping di sebelah kanan manakala golongan bangsawan di sebelah kiri dan orang kebanyakan di tengah. 

Walaubagaimanapun, masih ramai lagi yang masih belum tahu dengan sejarah baju Melayu dan setiap makna bagi pembuatan di atasnya. 

Lagi menyedihkan apabila orang ramai tidak mempedulikan rekaan klasik orang terdahulu. 

Kini pereka fesyen banyak menghakis sejarah lama dan identiti baju terdahulu dengan mengubah suai rekaan baju yang tiada identiti langsung melambangkan budaya Melayu sebenar.

Jika anda merupakan salah seorang peminat baju Melayu klasik lelaki, mungkin anda akan berminat untuk mempergayakan dengan baju tersebut pada hari raya kelak. 

Mari lihat koleksi baju Melayu klasik lelaki dari jenama Omar Ali. Rujuk di bawah. 

Baju Melayu Sejarah

Ada sedikit kelainan pada koleksi Baju Melayu Sejarah ini kerana ia tampil dengan baju yang bercorak kotak-kotak dan bergarisan lurus. 

Koleksi ini masih mengekalkan imej baju klasik tradisional dan identiti bangsa melayu. Baju ini tampil dengan baju berlengan tiga suku, seperti baju Melayu masa dahulu. 

Tambah dengan gabungan material satin dan cotton telah membuatkan baju ini tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.

Dengan rekaan baju berkolarkan Teluk Belanga dan berbutang satu ini pula sesuai bagi kaum Adam yang gemar akan kolar baju yang tidak menutupi bahagian leher.

Baju Melayu Warna Warni

Koleksi baju Melayu moden yang biasa digayakan oleh kaum Adam yang diperbuat daripada material cotton dan mudah untuk digosok. 

Bagi yang tidak menggemari kolar baju terlalu tinggi, baju berkolarkan Teluk Belanga amat direkomendasikan pada si pemakai. 

Tapi bagi peminat berkolar Cekak Musang, boleh dapatkan juga dari koleksi ini.

Pelbagai warna Baju Melayu dari koleksi ini yang boleh dipadankan dengan samping songket percuma dari Omar Ali.

Baju Melayu Woolen Satin

Baju ini diperbuat daripada material woolen satin. Kainnya nampak berkilat. Apabila disarungkan, si pemakai kelihatan lebih elegan dan ekslusif. 

Bagi para jejaka yang gemar akan kolar yang menutupi leher mereka iaitu bercekak tinggi, koleksi ini sesuai untuk anda.

Sampin percuma akan diberikan pada setiap pembelian yang dilakukan.

Untuk dapatkan baju koleksi tersebut, anda boleh walk-in purchase di butik-butik terpilih Omar Ali yang berdekatan dengan anda.