Skip to main content

Tidak lama lagi umat Islam akan menjalani ibadah puasa sebelum menyambut Syawal pada penghujung Mei nanti.

Seperti biasa, ramai mengambil langkah awal menyediakan keperluan dan kelengkapan raya agar tidak kelam-kabut dibuatnya.

Sebagaimana golongan dewasa, kelengkapan raya untuk kanak-kanak seperti baju raya kanak-kanak kini semakin mudah untuk diperolehi.

Namun ada yang masih buntu apakah fesyen yang bersesuaian untuk si manja anda?

Jangan risau, kami akan kongsikan dengan anda koleksi baju raya kanak-kanak yang terkini dan menarik.

Memilih Baju Raya Kanak Kanak

Hari ini, seolah-olah menjadi kewajiban kepada keluarga untuk menggayakan baju raya dengan rona yang sama supaya kelihatan cantik dan sedondon.

Apatah lagi jika mengambil gambar raya dan ia di’frame’kan, confirm menarik, kan?

Setiap kali tibanya raya, bukan sahaja golongan dewasa mahu tambil bergaya, kanak-kanak juga tidak mahu ketinggalan.

Mencari baju raya kanak-kanak tidak lagi sukar seperti tahun-tahun sebelum ini kerana ia telah banyak dijual di pasaraya, butik dan juga secara online.

Boleh jadi rambang mata ibu bapa dibuatnya apabila melihat fesyen baju raya kanak-kanak yang mengikut fesyen terkini dan corak yang menarik.

Pasti si manja tampak comel apabila menggayakan fesyen baju kurung, kebaya, jubah dan baju melayu.

Panduan Beli Baju Raya Kanak-kanak

Meskipun anda mahu melihat anak tampil bergaya, namun ada beberapa perkara yang anda perlu ambil kira supaya mereka tidak meragam sepanjang hari.

1. Jenis Fabrik

Adalah lebih elok memilih pakaian dari jenis kain kapas (cotton) supaya mereka sentiasa berasa selesa dan memudahkan pergerakan.

2. Ukuran Pakaian

Ibu bapa dinasihatkan membeli pakaian yang ukurannya satu tahun lebih besar dari saiz anak supaya ia boleh dipakai dalam tempoh yang lama.

3.Kualiti

Perasan tak kebanyakan baju kanak-kanak lebih mahal berbanding baju golongan dewasa?

Pastikan anda membeli pakaian yang sedikit mahal kerana ia mungkin menggunakan fabrik yang tahan lasak dan sesuai dengan kulit kanak-kanak yang sedikit sensitif.

4.Warna

Sesuai dengan usia mereka, pilihkan pakaian dari tema warna terang dan ceria seperti biru, ungu dan hijau.

17 Koleksi Baju Raya Kanak-kanak Dari Omar Ali

Hari ini, produk Omar Ali tidak hanya terhad kepada fesyen golongan dewasa. Ibu bapa boleh mencari koleksi baju raya kanak-kanak di Omar Ali kerana mengikut fesyen terkini, berkualiti tinggi dan selesa untuk dipakai.

Baju Kurung Baby Doll Kids

Fesyen baju kurung tak pernah lapuk dek zaman. Begitu juga apabila digayakan oleh kanak-kanak, pasti comel dibuatnya.

Koleksi baju kurung ini menggunakan material crepe dan dihiasi dengan lace di bahagian dada dan bahagian tangan kiri dan kanan.

Baju Kurung Riau Mawar Kids

Penggunakan material royale cotton bagi koleksi baju ini menjanjikan keselesaan kepada kanak-kanak setelah seharian beraya.

Jika anda memilih tema klasik untuk raya tahun ini, pastikan anda memilih koleksi ini buat si kecil.

Jubah Kebaya Melati Kids

Fesyen jubah tidak hanya terhad kepada wanita dewasa. Jika kena dengan gayanya, pasti si comel kelihatan elegan dengan fesyen jubah.

Koleksi ini mengenakan lace pada seluruh bahagian baju dan menampakkan elemen mewah.

Kebaya Kota Bahru Kids

Nak tampil lain dari yang lain? Apa kata gayakan fesyen kebaya yang menggunakan material raw tenun dan batik ini pada si comel anda.

Baju Melayu Jebat Kids

Serlah sisi kacak dan bergaya anak lelaki anda dengan koleksi baju melayu Jebat Kids dengan stail tradisional Johor.

Koleksi ini menggunakan material Royale Cotton yang memberikan keselesaan kepada kanak-kanak sepanjang memakainya.

Kami pasti ramai ibu bapa jatuh hati dengan koleksi baju raya kanak-kanak Omar Ali ni kan?

Jenama ini mula mendapat nama dan menjadi pilihan ramai orang sejak ia ditubuhkan pada tahun 1935.

Ia sememangnya dikenali sebagai jurujahit pakaian tradisional Melayu yang berkualiti tinggi.

Untuk memiliki koleksi Omar Ali, anda boleh mengunjungi cawangan butik mereka atau membuat pembelian secara online.

.