7 Perkara Menarik Tentang Baju Kebaya

baju kebaya

Panduan ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang baju kebaya.

Adakah baju kebaya warisan negara kita? Atau ia sebenarnya datang dari tanah seberang?

Semuanya akan terjawab di sini. Teruskan membaca sehingga tamat.

 

 

Fesyen baju kebaya kini semakin mendapat tempat di kalangan wanita muda. Ia tidak lagi sekadar baju yang dipakai ketika menghadiri majlis perkahwinan atau makan malam.

Kini ramai wanita muda gemar menggayakan fesyen ini untuk ke pejabat, malah ada juga yang memberi suntikan moden dengan dipadankan bersama seluar.

Malah ia juga sering menjadi pilihan di kala hari raya.

Si pemakainya pasti tampak anggun dengan padanan kain sarung dan perhiasan untuk melengkapkan gaya.

Apalah ertinya memakai pakaian yang menjadi lambang budaya masyarakat Malaysia tanpa mengetahui asal-usulnya.

Ada yang mendakwa fesyen ini berasal dari Indonesia, kemudian disesuaikan dengan masyarakat Tanah Melayu. Benarkah begitu? 

Huraian sejarah dan asal-usul baju tradisional wanita ini diperincikan seperti di bawah.

Sejarah Baju Kebaya

Tahukah anda, baju ini sebenarnya berasal dari negara Arab? Dipercayai kumpulan pedagang daripada negara itu membawa dan memperkenalkan fesyen tersebut ke Nusantara.

Dikenali sebagai Abaya dalam Bahasa Arab, ia kemudiannya disebarkan ke Melaka, Sumatera, Bali, Jawa dan Sulawesi.

Hasil daripada asimilasi budaya sejak ratusan tahun yang lalu, baju ini mula diterima oleh penduduk di kawasan berkenaan.

Pakaian ini sebenarnya menjadi lambang kekuasaan, seperti yang diamalkan masyarakat Jawa.

Mengikut sejarah, sekitar tahun 1600 di Pulau Jawa, kaum wanita dari golongan atasan dan kerajaan sahaja hanya dibolehkan memakai baju kebaya.

Pakaian ini kemudiannya dipakai oleh wanita-wanita Eropah ketika Pulau Jawa dijajah oleh Belanda dan ia dijadikan sebagai pakaian rasmi.

Jika fesyennya sebelum ini hanya daripada tenunan mori menggunakan sutera, ia mula menjadi menarik dengan sulaman berwarna-warni.

Hari ini kita dapat melihat pelbagai fesyen baju kebaya yang disesuaikan dengan trend semasa dan bukan sahaja dipakai masyarakat Nusantara, malah digemari oleh wanita serata dunia kerana keunikannya.

Baju Kebaya Tradisional

Fesyen yang sering dipakai oleh wanita Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei di mana menggunakan kain kasa rubia.

Malah ia dipadankan dengan kain sarung, batik dan songket dengan pelbagai motif menarik.

Malah ada juga yang mengenakan motif yang sama untuk bahagian baju dan kain, selain potongannya mengikut bentuk badan, seperti yanh digayakan oleh pramugari Malaysia Airlines (MAS).

Baju Kebaya Nyonya

 

Kebiasaannya, material yang digunakan untuk membuat kebaya Nyonya adalah daripada kasa rubia. Kain tenunan kosong diperbuat dari benang pintal yang halus menjadikan ia jarang dan ringan.

Corak kebaya Nyonya mempunyai motif tersendiri, sama ada bunga dan haiwan dengan pelbagai warna menarik digunakan.

Asalnya ia mempunyai ukuran panjang, namun menjadi kecil dan singkat mengikut bentuk tubuh si pemakai. Malah ia akan dipadankan dengan kerongsang, kain sarung dan kasut manik.

Baju Kebaya Moden (Riau-Pahang)

 

Popular di negeri Pahang, fesyen baju ini sedikit berbeza dimana rekaan lehernya berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang.

Bahagian depan baju adalah berbelah dan boleh dihiaskan dengan kerongsang.

Baju Kebaya Labuh

 

Ia turut dikenali sebagai Baju Kebarung, mengambil nama gabungan daripada baju kebaya dan baju kurung.

Fesyen ini dipercayai berasal dari Selangor dan pernah menjadi kegemaran wanita Melayu sekitar tahun 1990-an.

Fesyen ini boleh dipadankan dengan kain batik dan potongannya sedikit longgar berbanding kebiasaan baju kebaya.

Baju Kebaya Kota Bharu

 

Konsep fesyen ini serupa dengan baju kebaya yang sering dipakai wanita di Pulau Jawa dengan bahagian depannya mempunyai kancing.

Apa yang membezannya dengan fesyen yang lain adalah rekaan di bahagian depan dada baju tersebut.

Shopping Secara Online

Kini banyak online store diwujudkan bagi memenuhi kehendak pengguna yang lebih gemar membeli secara atas talian.

Selain menjimatkan masa, ada juga yang memilih membelah-belah di website kerana ia lebih memudahkan.

Perlu menghadiri majlis keraian namun tidak ada baju yang bersesuaian?

Kini anda boleh mendapatkan fesyen baju kebaya yang terkini dan menarik di Omar Ali.

Pasti penampilan anda di majlis berkenaan memukau mata yang memandang!

Koleksi Baju Kebaya Kota Bharu tampil dengan lima warna yang cantik sesuai untuk anda yang sentiasa inginkan kelainan dalam bergaya, apatah lagi apabila dipadankan dengan kain sarung.

Lebih istimewa, koleksi ini juga menawarkan potongan lebih dari RM80! Harga asal adalah RM299 dan kini anda boleh mendapat harga special RM209.30 sahaja!

Bukan sahaja untuk wanita dewasa, koleksi baju kebaya juga turut dikhaskan kepada kanak-kanak yang diberi nama Baju Kebaya Melati.

Jenama Omar Ali tak perlu diperkenalkan lagi. Diasaskan oleh Allahyarham Haji Omar bin Ali pada tahun 1935, kedai pertama dibuka di Wisma Yakin.

Omar Ali sememangnya dikenali ramai sebagai jurujahit pakaian tradisional Melayu yang berkualiti tinggi.

Kesemua baju yang dihasilkan dengan jahitan yang kemas dan harga yang amat berpatutan.

 

Ada pelbagai koleksi yang ditawarkan Omar Ali, antaranya koleksi untuk wanita adalah :

Koleksi Baju Kurung Orked

Baju Kurung Riau-Mawar

Jubah Kemboja

Manakala Koleksi untuk lelaki adalah:

Baju Melayu Tuah

Baju Melayu Jebat

Kurta Hasaria 

Klik sini untuk melihat koleksi Baju Kebaya Kota Bharu Omar Ali!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *