10 Koleksi Baju Kurung Pahang Terbaru Untuk OOTD

baju kurung pahang

Sedang mencari baju kurung Pahang yang eksklusif, terkini dan berkualiti? Dapatkannya di Omar Ali sebelum stok kehabisan.

Jika anda mencari koleksi baju kurung Pahang yang baru, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca artikel ini.

 

Perkembangan fesyen hari ini semakin pantas dengan pelbagai stail baru dan segar.

Kehadiran pereka fesyen tempatan, terutama golongan muda menyuntik sedikit elemen moden agar ia sentiasa menjadi pilihan wanita dalam apa jua acara.

Masih ramai di antara kita yang gemar menggayakan pakaian tradisional seperti baju kurung, baju kebaya dan sebagainya.

Sama ada untuk pakaian harian ke pejabat, majlis-majlis keramaian atau berhari raya, pakaian tradisional sebegini tidak pernah ditelan zaman.

Revolusi demi revolusi dalam pakaian tradisional bagaimanapun tidak seharusnya menghakis identiti sebenar sesuatu fesyen.

 

Mari kita mengenali baju kurung Pahang

 

Ia turut dikenali sebagai baju kurung Riau Pahang, pakaian ini melambangkan persahabatan utuh antara dua negara, iaitu Pahang dan Riau.

 

baju kurung pahang

 

Berbanding baju kurung biasa, potongan dan rekaan baju kurung Pahang tradisional berbeza dengan kaedah pesak gantung dan tidak berkekek.

Pesak merujuk kepada sambungan yang membentuk panel memanjang ke bawah di bahagian kiri dan kanan baju yang bermula dari ketiak.

 

Untuk baju kurung Pahang, pesaknya dipotong di bahagian tengah.

 

Kaedah pesak memberi ilusi langsing pada bahagian dada hingga ke bawah.

Manakala kekek merupakan bahagian baju di bawah ketiak yang berbentuk segi tiga. Perkataan kekek diambil daripada sejenis ikan yang berbentuk seperti segi tiga.

Untuk baju kurung Pahang, pesaknya tergantung dan tidak mempunyai kekek, dimana pesaknya terus bersambung dari ketiak sebelum dipotong tengah.

Ia amat sesuai dipadankan dengan kain yang menggunakan teknik susun sisi atau selisih tanpa belahan.

Potongan ini dapat memberikan keselesaan kepada di pemakai dan menjadikan langkahnya lebih sopan santun dan teratur.

Berbeza dengan baju kurung biasa yang mana bahagian tangannya berpotongan lurus dari bahagian atas ke hujung, fesyen ini berpotongan kembang di bahagian hujungnya.

 

Adakah anda sedang mencari baju kurung Pahang 2019?

baju kurung pahang pinkbaju kurung pahang cream

baju kurung pahang turqoise

 

Hari Raya Aidiladha bakal menjelang tiba, apa kata untuk perayaan kali ini pilih fesyen baju kurung Pahang koleksi Melor daripada Omar Ali.

Terdapat 10 warna yang pasti menarik perhatian anda iaitu:

  • Burgundy,
  • Byzantium Purple,
  • Charcoal Black,
  • Cream, Denim Blue,
  • Hunter Green,
  • Lava Grey,
  • Punch Pink,
  • Royal Purple dan
  • Thai Teal.

 

Klik sini untuk melihat koleksi baju kurung Pahang.

 

Dihiasi dengan batu pearl di bahagian baju, koleksi Melor ini memggunakan material raw tenun yang menjadikannya terletak elok pada badan si pemakai.

Kini anda boleh mendapatkan koleksi Melor dengan harga istimewa RM279.30.

Untuk anda yang mencari baju yang boleh menampakkan ilusi badan ramping dan tinggi, koleksi baju kurung Pahang Melor amat sesuai untuk anda.

Klik di sini untuk melihat koleksi baju kurung Pahang moden atau berkunjung ke butik Omar
Ali di alamat :

Omar Ali Villa,
37, Jalan Raja Mahmud,
Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur.

Jenama Omar Ali tak perlu diperkenalkan lagi.

Diasaskan oleh Allahyarham Haji Omar bin Ali pada tahun 1935 dengan kedai pertama dibuka di Wisma Yakin.

Jenama ini dikenali ramai dengan penghasilan pakaian tradisional Melayu, terutama baju Melayu.

Koleksi baju wanita tidak kurang cantiknya, antaranya Koleksi Orked, Kemboja dan Riau Mawar.

Begitu juga koleksi baju kanak-kanak seperti Jebat, Riau Mawar dan Kota Bahru.

Sentiasa mengutamakan kualiti dan kepuasan pelanggan, kesemua baju yang dihasilkan dengan jahitan yang kemas dan harga yang amat berpatutan.

 

Klik sini untuk melihat koleksi baju kurung Pahang.

One thought on “10 Koleksi Baju Kurung Pahang Terbaru Untuk OOTD

  1. Pingback: Baju Kurung Omar Ali Yang Sentiasa Dicari-Cari Ada Di Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *