Permintaan Terhadap Baju Kurung Riau Semakin Meningkat

baju kurung riau

Sedang mencari baju kurung Riau yang eksklusif, terkini dan berkualiti? Dapatkannya di Omar Ali sebelum stok kehabisan.

Baju kurung dan kebaya sentiasa menjadi pilihan ramai. Namun, ada juga wanita memilih pakaian tradisional yang lain untuk digayakan ke majlis-majlis keramaian. Antaranya seperti baju kurung Riau dan baju kurung Pahang.

Pemakaian baju tradisional secara tidak langsungnya melambangkan identiti bangsa dan negara kita.

Seperti baju kurung Riau, ia juga sentiasa relevan meskipun tahun berganti tahun.

Ia menyerlahkan sisi ayu si pemakainya.

Selain itu, baju kurung membuatkan seseorang itu kelihatan lebih sopan.

 

Baju Kurung Riau

 

Sejarah baju tradisional Melayu

Sedikit fakta ringkas tentang baju tradisional masyarakat Melayu.

  • Diperkenalkan sekitar tahun 1400

Sultan Muhammad Syah merupakan Sultan Melaka sekitar pertengahan abad ke 15.

Baginda telah menguatkuasakan pemakaian baju tradisional di kalangan rakyat.

  • Turut direka untuk golongan lelaki

Baju kurung bukan sahaja dikenali terhadap pakaian yang dipakai oleh kaum wanita.

Ia juga merujuk kepada pakaian lelaki.

Pada awalnya, ia direka agak singkat dan sendat.

Di bahagian lengan baju hanya labuh tiga suku dan seluarnya pula pada paras betis.

  • Baju kurung pesak dan labuh diperkenalkan

Tun Hassan merupakan pembesar Melaka.

Beliau telah memperkenalkan baju kurung dengan pesak dan labuh selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah,

  • Baju Melayu teluk belanga diperkenalkan

Pada tahun 1866, Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan rekaan baju Melayu teluk belanga.

Ia turut dihiasi dengan sulaman kemas di kolar bulat beserta kancing.

Sultan Johor itu juga telah telah menyumbang pada pemodenan rekaan baju kurung.

  • Memperkenalkan baju Melayu cekak musang

Tidak lama kemudian, baju Melayu cekak musang juga diperkenalkan.

Anakanda kepada Sultan Abu Bakar, iaitu Sultan Ibrahim sendiri yang memperkenalkan baju tradisional ini. Ia dihiasi dengan potongan kolar leher menegak dan lima butir kancing.

Selain itu, panggilan baju kurung terhadap pakaian tradisional lelaki telah ditukar kepada baju Melayu.

baju tradisional

 

 

Tidak dapat disangkal lagi, fesyen pakaian tradisional Melayu tidak akan ditelan zaman.

Ia dapat dilihat dengan menyusuri sejarah ia sendiri.

Selain dipakai untuk hari raya, pakaian tradisional turut sesuai untuk pakaian seharian ke pejabat.

Meskipun fesyen pada hari ini berkembang dengan pantas dengan pelbagai rekaan yang lebih baru dan segar.

Pereka moden gemar melakukan transformasi terhadap pakaian tradisional untuk disesuaikan di pentas peragaan antarabangsa.

Namun begitu, ia tidak seharusnya menghakis identiti sebenar sesuatu pakaian itu. Ini termasuk baju kurung Riau.

Tahukah anda, sebenarnya masih ramai yang terkeliru dengan baju kurung Riau dan baju kurung Pahang?

Ia kerana kedua-duanya kelihatan mirip antara satu sama lain. Hakikatnya, baju kurung ini mempunyai rekaan yang berbeza.

 

Bagaimana rekaan baju kurung Riau?

saiz baju kurung

(Sumber rajah lakaran dipetik di sini).

 

Baju kurung Riau tidak mempunyai kekek. Namun mempunyai dua pesak:

  • satu di bahagian bawah ketiak
  • pesak kedua mempunyai kembang di bahagian bawah baju

Oleh kerana keadaannya seperti tergantung, baju kurung Riau turut dikenali sebagai baju kurung pesak gantung.

Baju kurung Riau juga dibezakan dengan potongan di bahagian dada dan kembang di bahagian punggung.

 

Siapa yang sesuai untuk memakainya?

 

Anda boleh menggayakan baju kurung ini tidak kira bentuk tubuh badan.

Ramai yang menyukai fesyen ini kerana dapat menyembunyikan bahagian punggung.

Adakah anda mencari fesyen baju kurung Riau untuk sambutan raya Aidiladha tidak lama lagi?

Atau mencari baju kurung moden untuk dipakai ke pejabat?

Omar Ali menawarkan pelbagai koleksi baju kurung Riau. Ia semestinya eksklusif, terkini dan berkualiti buat anda.

 

mawar 1 mawar 2 mawar 3 mawar 4 mawar 5 mawar 6

 

Jenama Omar Ali tak perlu diperkenalkan lagi. Diasaskan oleh Allahyarham Haji Omar bin Ali pada tahun 1935 dengan kedai pertama dibuka di Wisma Yakin. Jenama ini dikenali dengan penghasilan pakaian tradisional Melayu, terutama baju Melayu.

 

Lebih istimewa, butik online ini turut menawarkan diskaun 30 peratus. Sekarang, koleksi Riau Mawar ini berharga RM279.30 (harga asal RM399).

Bagi menjamin keselesaan kepada si pemakai, jenama ini menggunakan material royale cotton bagi kesemua 13 pilihan warna yang menarik.

Terdapat lima saiz pilihan untuk anda. Sesuai untuk semua wanita tanpa mengira bentuk badan.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi Mawar Omar Ali ini.

Pilih koleksi peribadi anda di sini atau berkunjung ke butik mereka di :

Omar Ali Villa, 37, Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur.

 

Klik sini untuk melihat koleksi baju kurung Riau oleh Omar Ali.

One thought on “Permintaan Terhadap Baju Kurung Riau Semakin Meningkat

  1. Pingback: Baju Kurung Moden Untuk Hari Raya (Wajib Tengok)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *